Wak Doyok kena marah dengan mak artis ni… Hahahaha

Akibat komen #merecik Wak Doyok di salah satu gambar selebriti Kilafairy di Instagram, Wak telah mendapat kecaman hebat.. Sampai Wak dilabel gila seks..

Pastinya sebagai seorang ibu kepada Kilafairy dan juga seorang penyanyi, Rohana Jalil turut terpanggil bila anaknya telah menerima komen lucah.. Bagi Rohana tindakan Wak meninggalkan komen lucah memang tak wajar..

Kalau nak bergurau pun kena la tahu batasnya, terutama kalau di media social.. Semua orang boleh baca kot.. Gurau tak bertempat.., kan dah kena marah dengan mak Kila..

“Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik beradik sekalipun. ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

Sebagai selebriti mereka perlujaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasan terutamadi zaman media social ini” ujarnya..

Tapi, tak boleh la jugak nak salahkan Wak  100%.., kalau Kila tak muatnaik gambar macam tu tak jadi juga kan.. Apapun, Miss A tak salahkan ibu Kila sebabnya dia dan suami dah selalu nasihat Kila ni supaya tak berpakaian terlalu seksi.. Cuma Kila ni je tak nak dengar..

“Ayah dia dah selalu marah supaya jangan pakai seksi ketika keluar, dai tak mahu orang luar atau kawan-kawannya bertanya tentang soal pemakaian Kila.

“Namun, itulah, budak sekarang kalau tegur banyak kali nanti buat muka dan merajuk pula,” ujar ibu Kila..

Hmm.. Miss A harap Kilafairy akan mengikut jejak langkah seperti pelakon Hanis Zalikha yang kini dah bertudung kerana ibu bapanya.. Kalau tak bertudung pun jaga cara berpakaian supaya nampak lebih sopan pun dah ok! Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2