TAK tahulah di mana sifat keperimanusiaan individu ni yang sanggup mencuri beg tangan mangsa kemalangan.

Dalam video berdurasi lebih dua minit, jelas kelihatan seorang penumpang kereta Perodua Alza ini mengambil sesuatu yang bukan hak miliknya.

Mulanya kita bersangka baiklah mungkin dia nak serahkan kat pihak berkuasa ke kalau-kalau mereka ada di situ.

Tapi, dengan selambanya dia terus berjalan pergi bersama-sama barang tadi.

alzaaSi perakam video ini yang naik angin, dapat didengar menyumpah seranah perbuatan tersebut.

Bagaimanapun pemeriksaan kami di ruangan komen mendapati, pemilik kereta Perodua Alza itu telah tampil menjelaskan bahawa dia tidak terlibat langsung dengan kes kecurian tersebut.

Pemuda yang dirakam mengambil beg tangan tersebut merupakan kawan adiknya.

Kereta tersebut digunakan adiknya yang turut berada di dalam kereta ketika kejadian berlaku.

Si pemilik kereta yang dikenali sebagai Zuera Iera itu juga menyatakan, dia akan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya selaku pemilik Perodua Alza bernombor plat W 5637 W.

– MYNEWSHUB.CC