Ustaz Kazim merajuk.. Terharu dengan rayuan peminat.

Penceramah terkenal tanah air, Datuk Mohd Kazim Elias mengucapkan penghargaan terima kasih kepada penyokong serta peminatnya dan meminta maaf kepada mereka atas keputusannya untuk menarik diri daripada muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen selepas ini.

Katanya, beliau sangat terharu dengan rayuan mereka yang memintanya supaya menarik semula keputusan tersebut, namun jelasnya permintaan mereka mungkin tidak mampu untuk beliau realisasikan buat masa kini.

“Terima kasih semua, rupanya ramai yang menyokong saya tetapi tidak mengapalah, saya baik-baik sahaja,” katanya kepada media.

Namun pun begitu, Kazim berkata, beliau tetap berlapang dada dan menanggap isu ini sudah selesai.

“Biarlah saya tenang, saya tidak mahu mengganggu pelajar saya kerana bila saya terus keluar di kaca televisyen mungkin ramai yang sakit hati, nanti mereka mungkin bergaduh pasal saya, jadi biarlah mereka belajar dengan tenang tanpa gangguan,” katanya.

ep2p-2