Tiada Beza Dalam Darurat Pemimpin Pun Menumpang Macam Rakyat Biasa

Pemimpin rakyat

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menumpang kereta peronda polis untuk menziarahi serta menghadiri majlis pengebumian Mursyidul Am PAS,  Allayarham Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga terpaksa menumpang motosikal untuk beredar dari majlis tersebut kerana kebanjiran ribuan orang ramai di sekitar kawasan perkuburan di mana jenazah Nik Abdul Aziz disemadikan.

Itulah gambaran betapa ramainya mereka yang hadir di pengebumian Allahyarham sehinggakan para pemimpin pun terpaksa menumpang kenderaan orang lain. Dalam keadaan darurat seperti ini sudah tentu tiada lagi beza antara pemimpin dan rakyat.

 

Comments

comments

ep2p-5small