TERKINI!! Nasi Arab Kepala Batas dirobohkan oleh kerajaan DAP. Gerai Cina dijaga sepenuh hati.

Di Pulau Pinang, bukan sahaja peniaga melayu yang semakin tertindas, tetapi peniaga mamak juga tak ketinggalan menjadi mangsa kekejaman regim DAP yang dikepalai oleh Lim Guan Eng serta konco-konconya didalam Pakatan Rakyat.

Satu demi satu gerai peniaga yang menjadi tumpuan pengunjung menjadi sasaran penindasan hingga habis licin gerai-gerai peniaga berkenaan di angkut ke atas lori penguatkuasa. Tiada kompromi!! Dan tiada peri kemanusiaan ditunjukkan oleh kerajaan negeri.

Selepas Nasi Kandar Beratur disebelah Pulau dan Nasi Kandar Jamal @ Pokok Ketapang di serbu oleh penguatkuasa kerajaan negeri baru-baru ini, kini giliran Nasi Arab yang popular dikalangan penduduk kawasan Kepala Batas pula menjadi mangsa.

Nasi Arab yang beroperasi bermula pukul 6 petang hingga 12 malam itu telah diserbu oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai sebentar tadi diatas alasan tak menepati kebersihan. Habis semua gerai perniagaannya dirampas tanpa belas kasihan.

Turut menjadi mangsa ialah Gerai Nasi Berkat yang tak kurang popularnya disitu. Khemah serta semua peralatan perniagaan diangkut keatas lori tanpa sebarang pengecualian kerana katanya menjalankan perintah pihak atasan.

Sebelum ini gerai makan di tepi laut sepanjang Batu Maung dan juga Bayan Lepas dikenakan tindakan roboh kerana dikatakan sebagai gerai haram. Restoran Do Re Mi di Batu Feringghi dan juga 3N Ikan Bakar kini hanya tinggal kenangan sahaja pada penduduk P.Pinang.

Jangan tanya tentang keadilan di negeri jajahan DAP ini. Gerai-gerai peniaga cina di Raja Uda, Bukit Mertajam, Perai, Gurney Drive, Tanjung Bunga, Bukit Gelugor dan beberapa tempat lagi tak pula diambil tindakan oleh penguatkuasa kerajaan negeri DAP. Kerana apa?

Kalau kita sebut kerana peniaga tu semua cina, ramailah yang akan menuduh kita bersikap perkauman dan racist nanti! Tapi kalau peniaga melayu dan kaum lain selain cina dikenakan tindakan, itu namanya menjaga kebersihan?

Inikah keadilan yang diamalkan oleh kerajaan DAP negeri?? Inikah kepimpinan Lim Guan Eng yang kononnya didakwa oleh pengikut PAS sebagai mengambil contoh Khalifah Umar Al Khattab? Selepas rumah dinaikkan harga melangit sehingga tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu, kini bangsa majoriti didalam Malaysia ini dinafikan pula untuk menjana ekonomi sendiri.

Inikah pemerintahan alternatif yang dimahukan oleh rakyat Malaysia? Inikah perubahan yang mahu dilakukan oleh dan diwarisi kepada generasi anak cucu kita dimasa hadapan? Jangan hairan jika suatu hari bangsa melayu hilang dari P.Pinang. Nak berniaga susah.., nak beli rumah pun tak mampu. Kesiannn!! – Chewan/Utaranews.com

ep2p-2