Terkejut anak perempuan di Syria, Desak keluarga untuk berkahwin

BALING  – Seorang bapa yang lumpuh terkejut apabila diberitahu anak perem­puan dan menantunya terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Ahmad Husin, 54, yang lumpuh separuh badan sejak lapan tahun lalu berkata, beliau langsung tidak mengetahui anaknya, Nor Mahmudah, 26, dan menantunya, Muhamad Wandy Mohamad Jedi, 25, kini berada di Syria.

“Saya seperti tidak percaya mereka boleh menyertai IS dan telah berada di Syria kerana setahu saya mereka berada di Pulau Pinang. Mereka juga amat jarang balik kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Aman, Charuk Nau di sini hari ini.

Menurut Ahmad, hubungannya dengan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu agak renggang sejak dahulu lagi dan dia juga tidak mengingati hari terakhir mereka bertemu.

Katanya, dia hanya mengingati Nor Mahmudah pulang ke rumah untuk mendapatkan keizinan berkahwin dengan Muhamad Wandy yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka.

“Ketika itu (Ogos 2014) saya mengizinkan mereka berkahwin dan menasihati agar mereka sentiasa menjaga keharmonian hidup berumahtangga.

BACA: VIDEO Dua Ahli IS Rakyat Malaysia Terlibat Sembelih Tawanan

“Selepas berkahwin mereka menetap di Pulau Pinang, hanya sekali dua sahaja pulang ke kampung dan sehinggalah ke hari ini mereka tidak pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad meluahkan pe­rasaan sedih dengan penglibatan anak dan menantu dalam IS dan berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat menjejaki mereka berdua.

“Saya mahu mereka kembali ke tanah air dengan selamat dan menghentikan ke­giatan yang amat berbahaya itu,” katanya.

Nor Mahmudah Ahmad, dikatakan beriya-iya mendesak keluarga membenarkannya berkahwin dengan Muhamad Wandy Mohamad Jedi.

Ia dimaklumkan oleh bapanya, Ahmad Husin, 54, yang tergamam apabila mendapat tahu Mahmudah menyertai IS, sedangkan anak ketiga dari empat beradik itu sebelum ini tidak pernah menunjukkan kecenderungan menyertai pergerakan jihad ekstremis itu.

“Pakcik tak tahu dia ada di Syria dan pakcik tahu pun selepas wartawan habaq (maklum)… pakcik rasa mungkin dia ikut suami dia. Apa pun, pakcik harap dia dapat balik sebab kami risau dengan keadaan dia di sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Charok Nau, dekat sini, hari ini.

Bukit Aman has identified two Malaysians, Mohd Faris Anuar (left) and Muhamd Wanndy Muhamad Jedi who were in a beheading video release by Isis. – The Malaysian Insider pic, March 4, 2015.Mengenai peribadi Mahmudah, bapanya mengakui anaknya amat berahsia, malah keluarga sendiri tidak begitu mengenali Muhamad Wandy kerana anaknya sendiri tidak pernah bercerita mengenai suaminya itu.

Sementara itu perwatakan Muhamad Wanndy Mohamad Jedi yang kali terakhir dilihat di rumahnya di Bukit Tambun, Durian Tunggal dekat sini pada Aidilfitri tahun lalu tidak menggambarkan dia seorang yang alim.

Malah, seorang penduduk kampung pernah dimarahi selepas menegurnya kerana sering membawa wanita pulang ke rumah.

“Saya pernah tegur kelakuannya yang bawa balik perempuan setiap malam, tetapi dimarahi abangnya supaya tidak campur urusan mereka. Ia menimbulkan rasa kurang selesa, sebab itulah saya menegurnya. Cuma tak sangka teguran dibalas dengan cacian,” katanya kepada BH ketika tinjauan ke rumah berkenaan, hari ini.

Dia adalah anak ketiga daripada empat beradik dan kini yatim piatu selepas kematian ibunya akibat penyakit leukemia empat tahun lalu.

Pemuda itu tinggal bersama abang sulungnya di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina atas tanah milik ibunya.

Difahamkan, abang sulung lelaki itu masih menetap di situ dan biasanya pulang ke rumah lewat tengah malam.

Keluarga kepada Mohd. Faris Anuar, 20, yang juga dipercayai terlibat dalam rakaman video penyembelihan rakyat Syria di negara tersebut amat terkejut dengan pendedahan berkenaan.

Bapa kepada Mohd. Faris, Anuar Salleh, 50-an, berkata, dia tidak mengetahui mengenai penglibatan anak lelakinya itu dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

“Saya baharu tahu apabila melihat berita yang dipaparkan di portal-portal berita mengenai anak saya hari ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelatang di sini hari ini.

Menurut Anuar, dia juga tidak tahu bila Mohd. Faris bertolak ke Syria kerana telah terputus hubungan dengan anaknya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik sejak penghujung tahun lalu.

“Dia beritahu saya, dia hendak mencari kerja di Pulau Pinang sambil mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok.

“Tetapi selepas dia ke Pulau Pinang kami tidak dapat menghubungi telefon bimbitnya dan anak saya juga terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita,” katanya.

Tambah Anuar, anaknya pernah bersekolah di sebuah sekolah di Sungai Petani dan selepas itu dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

“Dia tidak ada ramai kawan dan tidak bergaul dengan remaja yang terlibat dalam kegiatan yang tidak elok.

“Anak saya juga banyak menghabiskan masa di rumah sebab itu saya amat terkejut apabila mendapat tahu mengenai hal ini,” katanya.

ep2p-2