Tempahan Kubur Berwarna Pink Dan Package Mp3 Dibuka

Foto kubur berwarna merah jambu di muat naik Muntazir di laman Facebooknya

KUALA LUMPUR: Sengaja mencetuskan provokasi atau ini benar-benar tawaran istimewa apabila sekeping foto menunjukkan sebuah kubur berwarna merah jambu yang di ubah suai menarik perhatian pengguna laman sosial, Facebook, hari ini.

Foto yang dimuat naik seorang pengguna Facebook menggelarkan dirinya sebagai Muntazir Nasrallah, 19 jam lalu mula menjadi viral apabila sehingga kini mendapat lebih 882 perkongsian.

Bagaimanapun, gambar kubur berwarna merah jambu itu dilihat menerima kecaman hebat daripada pengguna Facebook yang menyatakan ia adalah mengarut.

Muntazir dalam kenyataan tersebut seolah beria-ria mempromosikan ‘tawaran hebat’ berkenaan untuk tujuan mengubah suai kubur dengan menjanjikan seribu kelainan.

“Tempahan Dibuka! Luaran; warna ikut pilihan. Kalau nak mural Heri Poter pun boleh.

“Dalaman; sistem audio mp3 bacaan Quran 24 jam dengan sumber tenaga solar. (Waktu malam guna bateri yg telah dicas pada siang hari).

“Bacaan Yasin automatik setiap malam Jumaat. Bacaan tahlil automatik pada 7 hari pertama setiap malam, tahlilan automatik pada hari ke 40, hari ke 100 dan pada tarikh ulangtahun kematian.

“Optional: Speaker luar utk penziarah tumpang dengar.

“Jimatkan duit anda. Tak perlu upah orang baca Quran dan tahlilan. Tak perlu buat kendhuri. Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah,” tulis Muntazir sebagai kapsyen kepada gambar tersebut.

Rata-rata mencemuh tindakan Muntazir dan meminta agar tindakan tegas di ambil ke atasnya.

Bagaimanapun, dia dalam catatan terbaharunya secara sinis berkata: “Ramainya nak jd pren (kawan) pasal status ni (kubur merah jambu). Baguslah. Tunggu tok mopti (Mufti) je nak jadi pren”.

ep2p-5small