Tan Sri Shafee – ‘Kalau Betul saya Aniaya Anwar, Di Dunia Ini Saya Dah Masuk Neraka’

Safiee

Yakin dengan keputusan Mahkahmah Persekutuan dalam penghakiman kes Liwat II Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau berani melafazkan sumpah di masjid mahupun tanah suci Mekah.

Beliau turut menafikan penganiayaan Anwar ketika mengemukakan petisyen rayuan Ketua Umum PKR itu disabitkan bawah hukuman Seksyen 377B kanun keseksaaan, tiga tahun lalu.

“Kalau saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka.

“Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

“Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.” katanya ketika ditemuah oleh sebuah akhbar tempatan.

Seperti yang semua tahu perbagai teori konspirasi timbul di media sosial membabitkan Anwar dengan tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan diumumkan mahkamah pada 10 Februari lalu

Comments

comments

ep2p-2