Tak ada pemimpin dalam PAS sebagus Hadi Awang.. – Ketua Dewan Ulamak PAS

Kewibawaan serta ketokohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan tiada tandingan oleh Dewan Ulama Pas negeri Kelantan untuk beliau dicabar daripada kalangan pemimpin-pemimpin parti pada pemilihan Jawatan­kuasa Pemilihan Pas Pusat, Jun depan. Oleh itu, semua jemaah dalam parti diseru agar memberikan sokongan penuh kepada Abdul Hadi selain menentang mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan Presiden.

Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mahmood berkata, pimpinan Abdul Hadi sememangnya diperlukan dalam parti kerana ia dilihat dari aspek pengalaman, ilmu, kewibawaan serta reputasinya dalam dunia Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Datuk Hassan Mahmood berkata, Abdul Hadi sememangnya masih diperlukan untuk memimpin parti itu kerana ia boleh dilihat dari sudut pengalaman, ilmu, kewibawaan serta reputasinya dalam dunia Islam.

“Setakat ini, tidak ada lagi tokoh di dalam Pas yang boleh menandingi kewibawaan Abdul Hadi sebagai presiden. Dalam Islam tidak menghalang untuk menukar seseorang ketua, namun sekiranya tukar mesti lebih baik pada yang sedia ada (Abdul Hadi).”

“Pada saat ini, Abdul Hadi terba­ik dalam kalangan kita (pemimpin-pemimpin Pas),” katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Merujuk laporan akhbar baru-baru ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan seluruh kepemimpinan Pas akan mempertahankan ke­dudukan Abdul Hadi daripada digulingkan dalam muktamar parti itu Jun depan.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa tidak akan ada mana-mana pemimpin dalam kalangan parti itu sanggup mencabar Abdul Hadi untuk jawatan Presiden pada pemilihan parti itu kelak.

Dalam perkembangan yang sama, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ahli parti harus mengutamakan prinsip ke­pimpinan ulama sewaktu pemilihan jawatan tertinggi parti tersebut pada muktamar kali ini kerana ia merupakan asas yang mendasari perjuangan parti selama ini dan telah diputuskan Muktamar Pas sejak 1982.

“Kepemimpinan ulama adalah dasar serta prinsip Pas sejak sekian lama dan ini perlu diteruskan. Pas sebagai sebuah parti yang turut melibatkan soal dakwah, tarbiah dan politik adalah lebih sesuai dipimpin oleh golongan ulama.”

“Bagaimanapun, konsep itu bo­leh ditafsirkan dengan beberapa cara iaitu sama ada Pas dipimpin oleh golongan ulama atau mereka yang membawa semangat ulama dalam pentadbiran (parti),” katanya.

Iskandar dalam kenyataannya menambah, secara peribadi menolak pencalonan da­ripada mana-mana pemimpin Pas yang terlibat dalam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan pada masa sama beliau menafikan khabar angin yang mengatakan beliau dicalonkan sebagai Naib Presiden Pas pada pemilihan itu. – AzlinHussin/Utaranews.com

ep2p-2