Sukar Untuk Saya Menolak Setiap Permintaan

Siapa yang tak kenal dengan hero Bollywood Aamir Khan yang mempunyai rupa dan digilai ramai peminat. Satu berita baik buat para peminat beliau, Aamir Khan dikatakan mendapat pujian daripada pihak media di India kerana keperibadiannya menghormati isterinya yang tercinta.

Rasanya mesti ramai kaum hawa yang mengimpikan lelaki seperti ini kan? Penyayang, menghormati, romantik dan banyak lah lagi. Ahaks. Hmmm kalau suami jer yang macam tu isteri agak-agak pijak kepala tak? Hehehe.

Sukar Untuk Saya Menolak Setiap Permintaan - Aamir Khan

Aamir Khan sukar untuk menolak permintaan isterinya, Kiran Rao

Namun begitu, Aamir Khan yang telah mendirikan rumah tangga hampir 9 tahun bersama Kiran Rao hingga kini dilihat seperti pasangan yang sangat bahagia dan tiada pertelingkahan besar sebelum ini didengar. Kalau bergaduh kecil-kecil tu biasa lah kan.

“Kiran seorang yang sungguh menyenangkan dan sukar untuk saya menolak setiap permintaan darinya. Saya sentiasa setuju dengan pendapat Kiran kerana banyak di antaranya memang untuk kebaikan keluarga. Jangan membantah apa kata isteri meskipun anda adalah bintang hebat bertaraf dunia,” ujar Aamir Khan.

30 total views, 30 views today

ep2p-5small