Soalan periksa yang tak sesuai langsung untuk budak sekolah!!

Ape reaksi korang kalau anak korang diberikan soalan tentang kumpulan pengganas.. Mesti korang geleng-geleng kepala .. Mana mungkin anak-anak kecil didedahkan isu-isu dunia ni …Ia seolah-olah mengajar mereka memahami dan mengenali kumpulan yang tak sepatutnya..

Nasib baik la bukan kat Malaysia.. Lega sikit dengar. Sebuah sekolah rendah didakwa mengeluarkan kerja sekolah yang mengandungi soalan berkaitan kumpulan pengganas.Amboih, berani mati betul yerr dorang nih.. Maju nyer soalan ..

Kot iya pun nak bagi soalan ni, kenapa la tak bagi dekat pelajar menengah.. At least ,dorang dah besar panjang nak nilai jawapan.. Tak gitu?

Difahamkan ia adalah soalan mengenai pengeboman berani mati yang dibawakan oleh kumpulan pemisah..Dan budak 11 tahun kena jawab tentang “aktiviti keganasan”??

Ape kejadah semua nih.. Soalan lain juga membabitkan krisis tebusan di Munich di mana sembilan atlet warga Israel meninggal dunia semasa Sukan Olimpik 1972. Eii, kalau tanya kita pun, belum tentu kita tahu jawapan.. Ye dak?

Nampaknya guru-guru di sekolah Motherwell sudahpun mengadakan pertemuan bersama ibu bapa berhubung tugasan berkenaan . Malah ,mereka memohon maaf dan tidak akan mengulangi soalan-soalan terbabit..

Senang sungguh kerja cikgu-cikgu nih yer.. Sengaja nak famouskan diri kot.. Agak-agak la nak buat soalan tu, dah tahu jadi guru, mohon fikir lebih sikit yer.. Jangan politikkan benda-benda macam ni dekat anak murid.Take note yer semua guru-guru yang berada atas dunia.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com 

ep2p-5small