Shila Amzah Lawat Ibu Johan As’ari Di Hospital

Selain memiliki suara yang lunak dan wajah yang cantik Shila Amzah juga memiliki sifat prihatin. Sifat prihatin Shila telah membuatkan perasaan penulis tersentuh. Mana tidaknya, walaupun sentiasa sibuk dengan urusan harian dan juga persembahan, nampaknya Shila Amzah sempat meluangkan masa untuk melawat ibu Johan As’ari yang kini terlantar di hospital kerana diserang strok kali keempat baru-baru ini sedangkan mereka tiada ikatan kekeluargaan.

Artikel menarik:- “Video Suara Merdu Shila Amzah Selawat Ke Atas Rasulullah SAW” & “Shila Amzah Kini Temui Cinta Baharu?“

Ekoran dari itu, pelakon Johan As’ari menyatakan tanda terima kasih dan juga mendoakan Shila sentiasa maju di dalam karier nyanyian yang sedang diceburinya sekarang melalui laman instagram miliknya.

Advertisement

Shila Amzah Lawat Ibu Johan As’ari Di Hospital

Penyanyi Shila Amzah

“Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin,”. Kata Johan As’ari.

Menurut pelakon Cinta Ilahi itu ketika ini, ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, masih dirawat di Hospital Serdang. Buat Johan As’ari, penulis doakan agar ibu anda cepat sembuh seperti sedia kala. Inilah masa terbaik untuk anda membalas kembali jasa ibu yang telah membesarkan anda selama ini.

645 total views, 645 views today

ep2p-2