Serah Soal Anak Kepada Rezeki

Penyanyi Mark Adam, 36, ternyata tidak tertekan apabila belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata walaupun sudah 12 tahun berumahtangga.

Mark Adam menjelaskan bahawa dia dan isterinya, Nor Azah Redzuan, 36, menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki namun tidak pernah berputus asa berdoa agar mereka dikurniakan zuriat.

“Kami menyukai kanak-kanak dan berharap dapat menimang cahaya mata satu hari nanti. Semuanya adalah bergantung kepada rezeki dan pasti akan tiba masanya nanti Insya-Allah,” kata Mark Adam.

Artikel sebelum:- Mark Adam Lebih Santai & Isteri Mark Adam Diserang?

Kelibat isterinya sering kali dilihat menemani Mark Adam ke mana-mana namun Mark Adam berkongsi bahawa isterinya itu enggan dikaitkan dalam bidang seni.

Advertisement

Serah Soal Anak Kepada Rezeki - Mark Adam

“Saya menghormati permintaan isteri saya untuk tidak terlalu didedahkan di laman sosial atau di majlis. Malah beliau turut meminta agar saya tidak memperkenalkan dirinya sebagai isteri saya.

“Isteri saya juga memegang peranan sebagai pembantu peribadi bagi memastikan kelancaran kerjaya saya. Beliau adalah tulang belakang kerjaya seni saya dan membantu saya sampai di tahap ini,” kata Mark sambil tersenyum.

Semoga kedua pasangan ini tidak putus asa dan terus berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Allah itu maha mendengar doa-doa hambanya.

1,085 total views, 1,085 views today

ep2p-2