Scha Alyahya Pilih Untuk Tidak Melayan Komen Negatif

Baru-baru ini menerusi sebuah portal hiburan dengan tajuk artikel “Awal Ashaari Berang Peminat Kritik Hidung Lara Alana” menceritakan rasa kurang senang Awal Ashaari terhadap komen yang diberikan oleh pengikut Instagram terhadap fizikal anaknya, Lara Alana. Bagaimanapun, lain pula respon Scha Alyahya yang lebih memilih untuk tidak mengambil endah berkaitan komen yang boleh menjatuhkan moral sebagai ibu bapa.

“Awal seorang yang mudah menunjukkan ekspresi yang dia rasa, kalau marah dia akan tunjukkan, begitu juga kalau sayang pun kita boleh nampak cara dia. Itu memang dia.

“Berbeza dengan saya, kalau ikutkan memang saya pun geram bila ada yang beri komen begitu. Tetapi saya tidak suka tunjuk dan layan perkara itu,” ujarnya.

Menurutnya juga, Awal merupakan seorang yang mudah terasa hati dan menunjukkan reaksi berkaitan perasaannya terutama apabila melibatkan insan yang disayanginya. Ekoran daripada pengikut laman sosial Instagram yang menegur hidung Lara yang berusia 7 bulan, Awal telah memuat naik gambar yang seperti tidak dapat menerima teguran dan petua tersebut.

Artikel sebelum:- 3 Koleksi Comel Anak Selebriti Popular

Advertisement

Scha Alyahya Pilih Untuk Tidak Melayan Komen Negatif

Lara Alana penyeri hidup Awal & Scha

Bagi Scha, dia enggan melayan sikap sesetengah pihak yang terlalu negatif kerana apa sahaja yang dimuat naik di laman Instangram tetap akan ada komen-komen negatif daripada peminat atau pengikut Instagram. Tambahnya lagi, dari awal keputusan untuk membuka akaun Instagram Lara lagi mereka suami isteri sudah pun bersiap sedia berhadapan dengan pelbagai kritikan daripada pengikut.

Baguslah, jangan diperbesarkan lagi isu ini. Bukan apa, masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan sendiri. Kalau dah yakin untuk memuat naik berkongsi perkembangan semasa anak di laman sosial maka perlulah dengan berlapang dada menerima segala kritikan yang bakal mendatang.

Scha Alyahya Pilih Untuk Tidak Melayan Komen Negatif

Kepada yang suka meninggalkan komen yang boleh berasap kepala orang, cuba-cubalah bawa mengucap.Siapa kita untuk mengutuk atau mengkritik ciptaan Tuhan. Tegurlah secara berhemah atau lebih baik diam dan doakan kebaikan mereka. Tak gitu?

837 total views, 837 views today

ep2p-5small