SCAM Bisnes MLM Pencil.my? Upline Cari Downline?

Pencil.my

SCAM Bisnes MLM Pencil.my? Downline Terpekik Terlolong Menjadi Hamba Kepada Kereta BMW M5 Untuk Cari Mangsa Baru? : Nak kaya tiada salahnya. Tetapi mengapa mahu rendahkan tahap pemikiran mereka apabila Berita Semasa tonton video di bawah ini pun menggelengkan kepalanya. Sampai begini sekali ketaksuban mereka?

Malu pula ada nak bangsa yang terpekik terlolong cerita “kereta jadian” masing-masing. Kasihan….Perempuan terpekik terlolong seperti dirasuk? Ermmmmm….

Malu mak ayah
Malu bangsa
Malu agama
Malu diri sendiri

Masih ingat lagi skim Pak Man Telo? Siap ada sijil dari Bank negara lagi pada masa itu. Sehinggakan YB-YB terjebak sama. Berapa tahun nak selesai? Diharapkan kerajaan membuat sesuatu mengenai isu-isu melibatkan bisnes MLM di Malaysia ini.

BACA LAGI SINI : Isu Doktor Perubatan di Malaysia : Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) Tempelak Dr Google, Dr Facebook & Ubat MLM!

Berita Semasa tidak mampu melihat lagi, lebih ramai Melayu menjadi makin kayap, kena tipu, maruah orang melayu dijatuhkan. Sebaliknya upline orang-orang kaya disebalik perniagaan MLM di Malaysia kaya-raya di atas tersenyum sinis melihat telatah anak buah mereka yang bergerak mengikut acuan yang telah direncanakan sebelum ini.

Bisnes MLM Pensil ini sambungan Score A yang jual modul belajar paling murah pun sekitar RM700?? Walaupun, Pencil.my ini jual portal education macam Score A tetapi mengapa perangai dan sikap masing-masing seperti orang kurang pendidikan?

Cara pencinta MLM Pencil.my ini scam terpekik terlolong seolah-olah :

“Tolong la…join la program ni, masuk la, kalau anda masuk dan terjerat, saya sebat duit anda, boleh buat bayar duit kereta ini”
“Nanti anda pula duit orang lain, aku dapat komisen sikit”

P/S : Mendengarkan ada kipas susah mati Pencil.my ini mengatakan kereta BMW M5 ini ada 8 biji di muka dunia ini dan dia pemilik no.4, tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.

PP/S : Kepada geng MLM Pencil.my, BMW boleh beli. Mengapa Mikrofon atau hailer tidak boleh beli dan tidak dapat sediakan pembesar suara?

PPP/S : Kejayaan sesuatu perniagaan MLM di Malaysia hanya diukur berdasarkan jenis kereta yang dimilikinya? Malu dengan orang jual tilam. Ehemmm….

Video Cara Downline MLM Pencil.my Cari Pelanggan Baru?



Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-5small