Salleh Yaacob bagi tips untuk lelaki yang mahu kawin lebih..

Haa.. kebanyakkan lelaki ni kalau dengar je kahwin lain mesti suka, tapi ramai masih tak tahu kahwin banyak ni tanggungjawab pada keluarga semakin berat..

Perkara ini diakui sendiri oleh Salih Yaacob bahawa berpoligami bukan perkara yang mudah.. Bukan hanya beristeri dua, Salleh Yaacob kini sudah beristeri empat tau! Walaupun dah berkahwin empat, Salleh Yaacob sempat berpesan kepada kaum lelaki kat luar sana yang berhajat nak berkahwin lagi..

Dia jelaskan poligami ni memerlukan kesungguhan dan keikhlasan dalam setiap tindakan yang diambil.. Nasihatnya, lelaki perlu tahu keupayaan yang ada supaya dapat memikul amanah dengan baik..

“Bukan untuk suka-suka. Apabila kita memilih jalan ini (poligami), kita perlu ikhlas dan tahu tanggungjawab kita. “Tidak dinafikan akan ada hati yang terasa. Tetapi kita sebagai nakhoda perlu tahu membaca semua kemungkinan dan mencari penyelesaian terbaik. Bukan senang atau untuk suka-suka. Kalau niat salah, baik lupakan saja,” katanya..

Kalau nak berkahwin dengan hanya niat suka-suka tu tak payah la.. Besar tanggungjawab berpoligami ni.. Apapun, Salih Yaacob bakal menimang cahaya mata ke 12 tau! Fuhh dah boleh buat team bola dah ni..hehehe Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2