Rezeki Berhijab, Rozita Che Wan Terima Kontrak Bernilai RM1 Juta

Nampaknya setelah berhijab rezeki Rozita Che Wan semakin bertambah. Terkini isteri Zain Saidin telah menerima kontrak daripada sebuah syarikat tekstil bernilai RM1 juta. Fuh! jumlah tersebut bukanlah wang tunai sepenuhnya,tetapi termasuk beberapa produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut kepada Rozita Che Wan. Nilai tersebut amat besar dan membanggakan. Bukan calang-calang orang ditawarkan nilai sehebat itu.

‘10 Foto Terbaru Rozita Che Wan Berhijab‘ menunjukkan Rozita Che Wan kelihatan lebih muda dari umur sebenar, lebih cantik. Kalau sebelum ini mendengar keluhan selebriti yang berhijrah menutup aurat tidak mendapat sebarang tawaran lakonan dan promosi produk, ternyata Rozita Che Wan membuktikan kualiti mengatasi penampilan. Berhijab pun boleh jadi duta tau lebih-lebih lagi pengalaman yang terlalu lama dalam dunia hiburan membuktikan Cik Ta memang layak menerima jumlah tersebut. Menurut Rozita Che Wan :-

Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam wang tunai. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai menyamai nilai itu. Kontrak itu membabitkan 3 jenama utama daripada pengeluar tekstil berkenaan dan saya kena mempromosikan kempen fabrik daripada jenama itu selama 3 bulan bagi meraikan sambutan Aidilfitri.

Tapi saya harap sangat orang tidak salah faham sebab bukan saya dapat wang RM1 juta, tapi kontrak itu menyamai nilai berkenaan. Nanti orang dengar angka itu, tak pasal-pasal saya kena cari pula.

Advertisement

Inilah orang cakap rezeki daripada Allah dan rezeki anak saya. Syukur Alhamdulillah sebab masih banyak pihak percaya dan yakin pada saya selepas berhijab. Sudah tentu pada mulanya saya terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa sama teruja sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk dapat kontrak sebesar ini.

Rezeki Berhijab Rozita Che Wan Terima Kontrak Bernilai RM1 Juta2

Terbaik dari ladang : Fesyen Hijab Rozita Che Wan Di Majlis Sambutan Hari Lahir Isteri Dato Aliff Syukri

Rozita Che Wan telah membuktikan dirinya boleh berjaya walaupun berhijab, jadi kepada selebriti yang berhijab haruslah percaya pada rezeki. Jangan fikir berhijab membebankan dan menutup pintu rezeki, tidak baik dan berdosa tau. Opss! tak gitu?

86 total views, 86 views today

ep2p-2