REMAJA MUNTAH DARAH DAN MENINGGAL KERANA WAR CRAFT

Tindakan gila seorang remaja China, Wu Tai 24 bermain War Craft selama 19 jam tanpa henti akhirnya memakan diri apabila tiba2 sahaja muntah darah dan disahkan meninggal dunia beberapa ketika selepas itu.

Saksi di tempat kejadia Hsin Lo, berkata beliau melihat Wu yang berada di sebelahnya mula menunjukkan tanda tidak selesa, dan tiba-tiba beliau batuk dengan darah mula keluar dari mulutnya.

“Apabila saya melihatnya, dia kelihatan pucat dan tidak selesa.“Dia menutup mulutnya dengan sapu tangan dan saya dapat melihat darah pada sapu tangan berkenaan,’’ kata Hsin Lo.

Lo yang mula panik akhirnya memberitahu beberapa rakannya yang lain dan mereka telah bertindak memanggil Ambulan apabila keadaan Wu dilihat semakin lemah dan tidak memberi respon terhadap mereka.

“Ketika itu juga kawan saya memanggil staf di situ, namun apabila ambulans tiba, Wu Tai sudah meninggal
dunia,’’ kata Hsin Lo.-A.Chin/UtaraNews.com

ep2p-2