Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin

Seorang demi seorang artis kita bakal mendirikan rumah tangga. Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam atau lebih dikenali dengan Ramona Zamzam juga bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang jejaka Palestin, iaitu Rami Alashkar. TAHNIAH !

Kini, Ramona Zamzam dan Rami menghitung hari menjelang detik bersejarah mereka yang akan berlangsung pada 15 Mei 2015.

Menarik artikel berkaitan:- Lana Nodin Bakal Nikah Mei Depan

“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.

“Saya tidak akan mengadakan sebarang sidang media dan untuk majlis akad nikah, ia akan diadakan secara tertutup. Sebab saya rasa, saya bukan popular tapi saya bersedia berkongsi hari bersejarah saya bersama media, andai ada media yang mahu membuat liputan untuk majlis itu nanti,”

Menurut Ramona Zamzam, dia sudah lama mengenali Rami ketika sama-sama menuntut di Kolej Segi, di mana ketika itu Ramona dalam pengajian diploma dan Rami pula sedang mengambil ijazah sarjana muda.

Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin

Advertisement

Tambahnya, sikap Rami yang cukup menyenangkan membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu.

“Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

“Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya,”

Bercerita lanjut berkenaan majlisnya nanti, Ramona Zamzam berkata, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak, diikuti resepsi di Kuala Lumpur pada September.

Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin

“Kalau ikutkan saya memang mahu adakan majlis akad nikah sahaja kerana itu yang wajib. Tapi memandangkan saya anak sulung, jadi keluarga mahu adakan resepsi di kampung halaman dan majlis di Kuala Lumpur untuk kedua belah pihak,”

Diharapkan apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tengok Ramona Zamzam bersanding atas pelamin. Ahakkss !

336 total views, 336 views today

ep2p-5small