Pulak dahh!!! Nurul Izzah suruh New Zealand bebaskan Anwar dari penjara..

Nurul Izzah dalam sidang Parlimen semalam, merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan Switzerland yang akan membawa kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar ke Konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva.

Naib Presiden PKR dalam ucapanya menegaskan, kes pemenjaraan bapanya bukan setakat melibatkan pemimpin PKR semata-mata, kerana pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dirinya turut berhadapan kemungkinan sama.

Nurul Izzah berkata, kerakusan kerajaan Barisan Nasional terhadap kuasa tidak akan berjaya memikat hati rakyat.

“Saya pasti, ketamakan Barisan Nasional terhadap kuasa tidak akan berupaya memadamkan api perjuangan rakyat,” kata Nurul Izzah.

Walaupun dilarang oleh Speaker untuk menyampaikan pesanan bapanya yang berada di penjara, beliau tetap menyampaikan pesanan ‘azimat’ bapanya itu. -Alip Danial/Utaranews.com- 

ep2p-2