Prk Permatang Pauh mungkin tak akan diadakan..

Sehingga kini, ramai yang masih berteka teki mengenai siapakah calon yang bakal bertanding di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Walaupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya masih belum memutuskan sama ada pilihanraya tersebut akan diadakan atau tidak, ramai yang beranggapan Wan Azizah atau Nurul Nuha pasti akan meneruskan legasi keluarga Anwar di kawasan tersebut.

Bagi pihak Umno/BN pula, antara nama yang mendapat perhatian serta menjadi sebutan adalah Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh sendiri iaitu Datuk Mohd Zaidi Said. Selain itu, nama bekas calon pada Pilihanraya umum ke 13 lalu iaitu Dr Mazlan juga disebut-sebut sebagai antara calon yang layak mewakili Umno/BN.

Tetapi benarkah pilihanraya kecil akan diadakan di kawasan Parlimen tersebut selepas Anwar Ibrahim disumbatkan ke dalam penjara diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya? Bagaimana jika Perdana Menteri memutuskan Umno/BN tak akan bertanding dikawasan tersebut seperti yang dilakukan di DUN Chempaka?

Bagaimana pula jika Pilihanraya Kecil di Parlimen Permatang Pauh langsung tidak akan diadakan? Dah tentu akan bertempik sakanlah puak-puak pengampu projek pilihanraya serta tukang-tukang cetak banner dan bendera kerana mereka akan kehilangan peluang besar untuk meraih keuntungan segera hasil dari prk tersebut.

Rakyat di Permatang Pauh juga pasti akan sedikit terkilan kerana semua sudah sedia maklum, pilihanraya kecil merupakan satu keuntungan besar kepada masyarakat setempat kerana projek-projek segera serta peruntukan yang mencurah-curah pasti turun dikawasan berkenaan.

Kempen-kempen yang bersulam dengan bantuan, serta pemimpin-pemimpin besar yang turun membawa seribu janji juga sedikit sebanyak akan mengubah majoriti lanskap dikawasan yang diadakan pilihanraya kecil itu.

Jadi.., apakah mungkin para pelobi calon serta rakyat di Permatang Pauh menolak untuk diadakan pilihanraya kecil di kawasan mereka? Sudah semestinya peluang keemasan ini tak akan dilepaskan begitu saja..

Harus kita ingat, rakyat disini mahu pilihanraya kecil diadakan bukan kerana mahu membalas dendam terhadap kerajaan kerana Anwar Ibrahim dipenjara, tetapi rakyat mahukan pembaharuan serta nafas baru di Permatang Pauh.

Sejak keluarga Anwar mendominasi kawasan Parlimen Permatang Pauh, apa saja yang mereka lakukan untuk kemajuan rakyat setempat? Jangankan kata mahu melihat bangunan tinggi disini.., longkang pun mereka tak mampu selengarakan dengan baik di Permatang Pauh ini.

Sebab itulah nafas baru diperlukan untuk rakyat. Nafas lama yang penuh janji haprak serta berbau kepam yang diberikan oleh keluarga Anwar sudah tidak diperlukan lagi di Permatang Pauh. Kali ini pengundi Permatang Pauh mahu berubah. Bukan ubah membawa rebah bersama Pakatan, tapi berubah kepada menyokong kerajaan demi masa depan yang lebih terjamin. – Chewan/Utaranews.com

ep2p-2