Pos Malaysia Pasang Peti Surat Di Gunung Masuk Malaysia Book of Records

Kota Kinabalu: Peti surat ke 3,110 telah dilancarkan oleh Post Malaysia Berhad di altitud tertinggi Malaysia iaitu di Pendant Hut semalam.

Dengan ketinggian kedudukan peti surat itu pada aras 3,289 meter dari aras laut sekaligus membuatkannya tersenarai dalam  Malaysia Book of Records (MBR).

Menurut Pos Malaysia, Pendant Hut boleh ditemui melalui pendakian selama empat hingga enam jam dari Taman Kinabalu.

“Pos Malaysia berharap inisiatif ini akan meningkatkan lagi populariti Gunung Kinabalu di mata dunia.

“Peti surat ini pasti akan menjadi ta#rikan baharu untuk pelancong di mana mereka boleh memperingati pendakian bersejarah mereka dengan menghantar surat dan poskad pada ketinggian 3,270 meter,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain itu, seorang posmen akan ditugaskan bagi membuat kerja-kerja pungutan surat dan poskad dari peti surat tersebut pada pukul 12 tengah hari pada seitap hari bekerja.

“Semua surat dan poskad yang dipun#gut akan dikumpulkan oleh sebuah van Pos Malaysia yang berulang-alik dari pejabat Mountain Torq, sebuah ejen berlesen Pos Malaysia pada pukul 10 pagi hari berikutnya untuk diproses di Pejabat Pos Ranau,” katanya dalam kenyataan itu.

 

 

Comments

comments

ep2p-2