PM @NajibRazak Rasmi Perjanjian Persefahaman KUIN – YPPM Tubuh Pusat Kajian Pondok (PKP)

Siang tadi berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta Perasmian Pusat Kajian Pondok (PKP) Kuin yang dilangsungkan di Tabung Haji Hotel & Convention Centre Alor Star, Kedah..

Perasmian ini telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak yang juga merangkap Penaung Kepada YPPM…turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Besar Kedah DS Mukhriz Mahathir, Rektor KUIN Prof Datuk Mohd Yusof dan Pengerusi YPPM, Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Usaha sama antara KUIN dan YPPM ini bertujuan mahu mengangkat martabat keilmuan tentang pengajian pondok di Malaysia..terdahulu saya ada menulis tentang perkara ini yang boleh rujuk di SINI..

Berlatar belakangkan pengajian pondok dan memahami tentang landskap pengajian pondok, pemilihan Dr Mashitah sebagai Pengarah PKP KUIN adalah amat tepat bagi memudah cara urusan antara KUIN dan YPPM…

Penubuhan PKP ini bertujuan untuk menjalankan kajian yang lebih giat dan meluas terhadap institusi pondok serta sistem pengajiannya di Malaysia dan Luar Negara bagi mengembangkan ilmu mengenainya…

PKP akan memberi tumpuan kepada penyelidikan yang lebih terperinci berhubung pengajian pondok termasuklah sumbangan ulama dan tokoh pondok. Selain itu, isu-isu berkaitan pembangunan, perkembangan dan pengaruh pondok selepas merdeka akan dikaji untuk manfaat generasi masa hadapan disamping melakukan penambahbaikan dalam bidang ini…

Saya mengharapkan jalinan kerjasama anatara YPPM dan KUIN akan memantapkan lagi PKP seterusnya mencapai matlanat yang diimpikan…insya’allah…

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat dirakam sepanjang majlis pada pagi tadi…

ep2p-5small