Perogol kena 5 tahun penjara.., tapi mangsa rogol kena 200 sebatan!!

Seorang wanita Arab Saudi yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan 200 sebatan oleh makhkamah, selepas didapati bersalah bercakap kepada media mengenai jenayah yang dilakukan ke atas dirinya.

Pada 2006, wanita terbabit menaiki kenderaan seorang rakan lelakinya sebelum dibawa ke sebuah kawasan terpencil dan kemudian dirogol oleh tujuh lelaki lain. Ketika kejadian , wanita tersebut berusia 19 tahun.

Sebelum ini, dia dikenakan 90 sebatan kerana berada di dalam kereta bersama lelaki bukan muhrim. Undang-undang arab Saudi menetapkan bahawa wanita yang keluar di tempat awam mesti ditemani oleh saudara lelaki pada setiap masa.

Peguam yang mewakili wanita itu pula dilarang mengendalikan kes tersebut selain lesennya dirampas kerana mendedahkan isi kandungan rayuan Mahkamah Agung kepada media. Beliau juga telah dipanggil untuk pendengaran tatatertib yang dijadualkan akhir bulan ini.

Difahamkan, kumpulan lelaki yang merogol wanita itu hanya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun .- Press TV

ep2p-2