Peranti Selain Keluarga Xperia Z Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 5.0 Lollipop Daripada Sony

Sony pada Mobile World Congress yang lepas telah memperkenalkan dua peranti baru berasaskan kepada Android 5.0 Lollipop. Perkara ini sekaligus menjadikan ramai yang tertanya-tanya berkenaan bilakah peranti mereka akan menerimanya. Melalui akaun Twitter, pihak Sony mula memberitahu kepada pengguna mereka yang mana kemaskini Lollipop hanya untuk peranti Xperia Z sahaja buat masa ini.

Keluarga Xperia

Daripada apa yang dikongsikan Sony ketika Mobile World Congress, peranti Xperia Zz3 dijangka akan menerima kemaskini Android 5.0 Lollipop pada bulan ini, malah beberapa peranti Xperia Z3 yang diperlihatkan pada Mobile World Congress telah pun mula menggunakan antaramuka dan kemaskini baru tersebut. Ia tidak lagi diketahui bilakah peranti lain dibawah keluarga Xperia Z akan menerima kemaskini yang sama, dan berapakah beza jarak masa diantara pengenalan kemaskini berkenaan.

Fokus terhadap peranti berspesifikasi besar oleh para pengeluar telah menjadi salah satu trend dikalangan ramai pengeluar. Pihak Samsung dan juga HTC turut seperti tidak akan menawarkan kemaskini untuk peranti berspesifikasi pertengahan mereka. Pihak Asus mengatakan keluarga Zenfone akan menerima kemaskini Android 5.0 pada tahun ini, tetapi masih tiada sebarang berita lanjug mengenainya buat masa ini.



ep2p-2