Penggemar Aiskrim Pasu mungkin akan kena KANSER..

Sapa kat sini masih lagi suci dari dinodai oleh fenomena ais krim pasu. Haaaaa ! Sapa yang masih lagi ‘dara’ dari memakan ais krim pasu tu bagus !! Kalau ada rasa macam nak try ke ape ke, baik buang jela rasa tu.

Sebab apa Gomez kata macam tu?? Korang penah terfikir tak, selamat ke ekk makan ais krim dalam pasu ni. Yela sebab pasu yang dorang guna tu memang pasu untuk taman tumbun-tumbuhan yang real bukan pasu yang direka khas untuk ais krim.

Sooo.. Sah-sah la pasu tu terkandung kimia-kimia yang digunakan untuk proses bahan plastik pasu tu. Dan yang paling penting tak selamat untuk dibuat bahan meletakkan makanan.

Yang paling menakutkan, bagi sesiapa yang obsess sangat makan ais krim pasu ni, korang berkemungkinan akan menghidap penyakit kanser.

Yela sebab pasu yang dorang guna tu chemical grade bukannya food grade macam bekas makanan lain tu. Soooo.. Kalau tak nak kena kanser better korang yang suka sangat makan ais krim pasu ni udah-udah lah yer beli.

Makan je yang dalam tapawe tu, buat je sendiri kat rumah boh dalam mangkuk ke kan selamat la sikit.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2