Pelakon Nazim Othman hidap ketumbuhan dalam otak?

Lama dah rasanya tak dengar khabar pelakon kacak, Nazim Othman kan.. Maklumlah jarang dah lihat dia berlakon..

Tetapi menerusi laman Instagramnya baru-baru ini, Miss A ada nampak dia telah memuatnaik beberapa keping gambar yang buat ramai peminat tertanya-tanya..

Beberapa gambar imbasan magnetic (MRI) pada bahagian kepalanya.. Bila dah muatnaik gambar macam ni ramai yang mendakwa Nazim mempunyai ketumbuhan di otak..

Kalau korang tengok betul gambar tu mesti akan nampak kesan bengkak pada bahagian kanan kepala Nazim kan?

Lepas tu Nazim muatnaik pula gambar sejenis pil Steroid atau  dikenali sebagai Dexamethasone yang dia perlu ambil dua kali sehari..

Apapun, tuan punya badan masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang penyakit dia ni..

Miss A harap penyakit yang dialami Nazim ni tak adalah serius seperti yang kita fikirkan.. Kalau betul dia menghidap penyakit tu, sama-samalah kita doakan agar Nazim terus kuat dan tabah dalam menghadapi  dugaan ini.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2