Pelakon Benjy Ditahan Lagi Buat Kali Ketiga Akibat Syabu

Pelakon Benjy ditahan untuk kali yang ketiga selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah jenis syabu di sebuah hotel di ibu negara. Sangat terkilan kerana semakin ramai selebriti yang terjebak dalam kancah dadah sedangkan mereka semua adalah popular. Sudah pasti setiap inci pergerakan dan aktiviti tidak bermoral mereka akan tersebar luas di media sosial.

Menurut maklumat, Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, pada jam 9.30 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan ke atas bilik pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu turut menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi. Polis turut menjumpai dua plastik lutsinar dan satu keratan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu.

Pemeriksaan terhadap beg tangan pula telah menjumpai satu plastik lutsinar mengandungi 11 peket plastik lutsinat disyaki dadah.

Beberapa tahun yang lalu, pelakon Benjy pernah ditahan atas kesalahan sama selain kerana memiliki makmal pemprosesan dadah di kediamannya di Kepong, Sentul, beberapa tahun lalu.

Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2011, anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty itu pernah ditahan atas kesalahan sama.

Semoga selepas ini Benjy akan berubah dah menginsafi kesilapan yang dilakukan, cuba lah berubah agar Allahyarhamah ibunya Azean Irdawaty tenang di sana. Al-Fatihah

14 total views, 14 views today

ep2p-2