Pekin Ibrahim minta maaf pada ibu dahulu sebelum berlakon jadi wanita..

Memang makin banyak pulak filem atau drama yang memerlukan watak seorang pelakon lelaki berpakaian dan berpewatakan macam wanita di Malaysia sekarang.. Filem Coverina antara salah satu yang akan menampilkan keunikan lelaki berpewatakan dan penampilan wanita..

Pelakon yang berani memegang watak itu adalah Pekin Ibrahim.., sebelum dia nak berlakon watak seperti ini dia dah pun mohon maaf pada ibunya.. Takut-takut nanti ibu dia mengkritik atau memaki hamun dirinya bila menonton filem ni..

“Sebelum dimaki dan dikritik ibu, jadi saya awal-awal lagi sudah membuat permohonan maaf menerusi suara latar dalam filem itu.”

“Saya menjelaskan kepada ibu yang anak lelakinya ini masih lurus dan belum terpesong lagi.” Kata Pekin..

Apa yang buat Miss A sakit mata ni kenapa perlu ada watak seperti ini? Nak buat filem dijadikan pengajaran pada penonton? Bukan lelaki memang tak boleh berpewatakan dan berpakaian seperti wanita ke?

Pekin sendiri tahu berdosa menyerupai wanita.. Tapi Pekin maklumkan setiap apa yang dilakukan adalah niat atas dasar kerja.. hahaha.. Artis-artis memang setiap jawapan yang mereka berikan mesti lebih kurang sama.. Dialog ni buat Miss A terikat kat Haji Adi Putra..

Hello! Niat tak pernah menghalalkan cara ok.. kalau dah salah tu salah jugak.. Kalau semua orang asyik duk guna istilah macam ni tingkup la dunia..

Penampilan Pekin sebagai wanita memang nampak real, Miss A tak nafikan.. Boleh tahan cun jugak..hahaha.. Miss A/UtaraNews.com




ep2p-5small