PANAS!! SPAD Bawa Trelar Sita Teksi Tidak Guna Meter!

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam telah melancarkan Ops TEGAS bagi membanteras pemandi Teksi ‘kepala batu’ yang masih berdegil tidak menggunakan meter..ops tersebut dilancarkan di sekitar Kelana Jaya, Sunway, Sunway USJ, Subang Jaya, Damansara, Sg Buluh dan Kelang…

Kali ini SPAD lebih tegas dengan membawa trelar bagi mengangkut ‘hasil’ teksi yang tidak menggunakan meter…tiada lagi maaf untuk pemandu teksi yang kepala batu melanggar undang-undang…

Operasi semalam telah diketuai sendiri oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad..

Sepanjang operasi semalam, seramai 30 pemandu teksi diberkas kerana melakukan pelbagai kesalahan..daripada jumlah tersebut seramai 27 pemandu teksi didapati bersalah tidak menggunakan meter..2 kesalahan tiada kad memandu dan seorang lagi kad memandu tamat tempoh…

Menurut Che Hasni “Operasi berkenaan dianggap kejayaan 100 peratus. Kita hantar 30 pasukan penyamaran untuk membuat operasi. Kiranya kita dapat hasil 100 mengena.”

Hairan betul dengan sikap pemandu teksi ni.terlalu degil dan tamak..apalah salahnya gunakan meter tu..mereka bukannya tak tahu itu kesalahan tetapi masih juga buat. Bila SPAD bertegas kata SPAD pula kejam..spesis jenis ini pun masih ada..saya tidak memaksudkan semua pemandu teksi..cumanya yang kecil-kecil ini saja yang tamak tidak mahu ikut peraturan disediakan…

Bila dah kena sita kan susah..terputus punca rezeki..kesian kat anak bini di rumah..sampai bilalah pemandu-pemandu teksi ni nak sedar..setiap kali SPAD buat operasi pasti ada tangkapan…langkah SPAD membawa terus trelar untuk mengangkut teksi yang melanggat kesalahan ini amat bagus..bagi amaran mereka tak endah..angkut sahaja dan sita kenderaan mereka..bagi sikit pengajaran kepada pemandu teksi yang masih tamak tak ikut peraturan di luar sana…

Menurut Che Hasni “kita akan teruskan operasi sampai pemandu teksi ini sedar. Selain tindakan pendakwaan, kita juga akan ambil  tindakan pentadbiran untuk menggantung kad-kad pemandu”

“Apabila kita sita, pemandu-pemandu teksi tidak dibenarkan mengeluarkan teksi mereka. Hanya syarikat sahaja yang boleh keluarkan. Tuan empunya teksi kena bayar amaun yang ditetapkan untuk keluarkan teksi mereka” kata Che Hasni lagi..

Untuk makluman, kesalahan pemandu teksi melanggar undang-undang ini akan disabtkan denda tidak kurang RM 1000 dan tidak melebih RM 500,000 atau penjara tidaj melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali…

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga…

Setamak-tanak pemandu teksi akhirnya disita SPAD…

siapa yang rugi?

Bawah ini beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang ops semalam…

ep2p-2