PANAS!!! Pemimpin PAS Sahkan Sirul tak mahu jumpa Mahfuz di Australia.

Menurut sumber, Koperal Sirul Azhar yang kini melarikan diri ke Australia tidak mahu berjumpa dengan Mahfuz ketika lawatan wakil PAS tersebut baru-baru ini.

Ini dikukuhkan lagi dengan pertanyaan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad didalam akaun whatsapp beliau.

Jika benar Sirul menolak untuk berjumpa dengan Mahfuz, ini bermakna wakil Pakatan Rakyat tersebut hanya syok sendiri apabila mendakwa akan berkerjasama dengan Sirul untuk mendedahkan siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya.

Sebelum ini, Mahfuz juga telah “dimalukan” oleh Sirul didalam satu telecast di ibunegara. Didalam telecast tersebut, Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul untuk melakukan satu “pendedahan penting” seperti yang dijanjikan kepada media.

Mahfuz juga gagal untuk menunjukkan bukti bahawa beliau benar-benar bercakap dengan Sirul selepas telecast tersebut ketika diasak oleh wartawan yang mahu memastikan Sirul mengenali Mahfuz.

Dan kini setelah beberapa kali gagal, apakah Mahfuz akan sekali lagi menemui ‘jalan buntu’ bagi men’sensasi’kan kembali kes pembunuhan wanita Mongolia dengan tujuan memburukkan kerajaan Najib Razak?

Jika hasrat untuk bertemu dengan Sirul pun Mahfuz gagal.., apakah yang boleh rakyat Malaysia harapkan dengan kononnya ‘pendedahan’ Mahfuz lagi? – Utaranews.com

ep2p-2