PANAS!! Anwar diserang “Sakit Misteri” didalam penjara..

Walaupun selama ini sihat dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan, Anwar Ibrahim kini dikhabarkan mengidap sakit misteri sehingga terpaksa dipindahkan ke Hospital penjara Sg Buloh.

Sebelum ini, anak perempuan Anwar, Nurul Nuha menyatakan bahawa ayahnya itu takut tidur sendirian di penjara kerana terdapat banyak lipas serta tikus.

Wan Azizah pula mendakwa Anwar diserang beratus ekor nyamuk setiap malam sehingga menyebabkan Anwar sukar untuk melelapkan mata.

Apakah semua itu mempunyai kaitan dengan sakit misteri yang dihidapi oleh Anwar? Ataupun Anwar sengaja seperti biasa melakonkan drama simpati untuk meraih simpati rakyat?

Jika benarlah keadaan tulang belakang Anwar sangat kritikal seperti yang didakwa oleh keluarga serta peguam beliau, mengapakah ia tidak mendatangkan masalah selama Anwar bebas diluar? Kenapa tiba-tiba sahaja ia menjadi kritikal setelah Anwar masuk ke penjara?

Anwar hanya dikurung didalam penjara, bukannya dikenakan hukuman melakukan kerja berat? Mustahil lah jika mahu mengatakan tulang belakang Anwar kritikal kerana dipenjarakan.

Lagipun.., benarkah Anwar mengalami sakit tulang belakang? Atau ianya sekadar satu lagi drama penipuan Anwar serta keluarganya untuk membodohkan rakyat Malaysia? – Utaranews.com

ep2p-2