Pakcik ni meroyan lepas kena tumbuk.. Musuh saya hanya Umno!!!

Selepas diserang 2 pemuda tidak dikenali awal Khamis minggu lalu, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Dzulkefly cuba mempertikaikan seolah-olah serangan tersebut dibuat oleh orang Umno-BN.

Dzulkefly berkata, beliau tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi apa yang beliau tahu, beliau hanya mempunyai musuh dalam Umno dan BN dan tidak mempunyai musuh dalam Pas.

“Musuh saya hanyalah Umno dan BN. Kalau orang dalam Pas menganggap saya musuh, minta maaf, saya tidak boleh buat apa-apa. Tetapi sikap dan iktikad saya, saya tidak ada musuh dalam Pas,” kata Dzulkefly ketika ditemui dirumahnya.

Khamis lalu, Dzulkefly telah diserang oleh individu tidak dikenali di perkarangan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam selepas selesai menunaikan solat Subuh di Masjid berhampiran.

Berikutan kejadian itu, Pas Selangor akan mengarahkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin Pas negeri itu dipertingkatkan agar cubaan pihak yang ingin mencetuskan provokasi dapat dihalang.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-2