Nurul Izzah buat drama airmata pulakk…

Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang juga merupakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersama-sama penyokong berkumpul dihadapan penjara Sungai Buloh menyatakan solidariti terhadap Anwar yang dihukum penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat.

Nurul Izzah yang turun bersolidariti telah menyampaikan sebuah puisi sambil menitiskan air mata dengan suara terketar-ketar untuk lebih menjiwai makna puisi tersebut untuk meraih simpati penyokong-penyokong di situ.

Nurul Izzah juga turut menyampaikan ucapan sedih dengan mengatakan beliau sudah lama tidak bertemu papanya dan mereka hanya dibenarkan melawat Anwar hanya sebulan sekali.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, ketika kali terakhir berjumpa,papanya telah menasihati anak-anaknya supaya tidak menangis, tetapi malam ini, anaknya telah menitiskan air mata.

Nurul Izzah merayu kepada penyokong supaya mereka tidak memberitahu papanya bahawa beliau telah menitiskan air mata semalam.

“Tetapi tidak boleh bersentuhan semasa melawat. Walaupun ayah minta kami jangan menangis, tetapi malam ini saya menangis, tapi jangan beritahu ayah saya, kami akan lakukan yang terbaik 7 Mac ini,” kata Nurul Izzah dalam himpunan solidariti. -Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-2