Nurul Celebrates Mother’s Day @ 9 Mei 2015 sempena Hari Ibu

Nurul Celebrates Mother’s Day @ 9 Mei 2015

Kerinduan peminat Nurul Wahab Depp akan terubat menerusi persembahan eksklusif ‘Nurul Celebrates Mother’s Day’ yang akan diadakan di Singapura pada 9 Mei 2015.

Lebih istimewa, kemunculan semula Nurul ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-20 penglibatannya sebagai anak seni.  Pastinya ia sesuatu yang bermakna apatah lagi bakal menghiburkan peminat dan para ibu di Kota Singa.

“Idea ini datangnya daripada Ina Mohd sedang saya juga merencana untuk memperkukuhkan kembali kerjaya nyanyian selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.  Jadi, ‘comeback’ saya bermula dengan acara ini sambil membawa 50 orang peminat bertuah dari Kuala Lumpur dan Brunei ke Singapura.

“Saya berterima kasih kepada pihak IGNS Holidays kerana sudi bekerjasama dewngan saya untuk menjayakan acara ini.  Pihak mereka telah menyediakan pakej istimewa buat peminat yang mahu meraikan Hari Ibu sambil bercuti bersama ibu masing-masing,” ujarnya yang mana acara tersebut akan diadakan di hotel bertaraf lima bintang, Royal Plaza On Scotts, Singapura.

Selama sejam 30 minit, Nurul bakal mendendangkan 12 buah lagu popular pilihannya.  Sebagai persediaan menjayakan acara itu nanti, Nurul kini telah mempersiapkan diri dengan melakukan senaman bagi meningkatkan stamina diri.

“Saya sangat teruja.  Debaran itu akan tiba sebelum persembahan nanti.  Buat masa sekarang, apa yang saya titik beratkan dialah stamina dan vokal.  Sebab itu, selepas sahaja habis pantang saya terus melakukan senaman yang bersesuaian,” ujar Nurul yang akan merakamkan single terbaru tidak lama lagi.

Bagi peminat di Malaysia, Brunei dan Indonesia, tempahan tiket boleh dibuat melalui talian hotline IGNS Holidays, 017-2525684. 

ep2p-5small