Nenek Super berenang dengan jerung.. Wowww…

Korang still engat tak dengan nenek tua berusia 100 tahun ni? Ala, dia pernah ‘menggila’ dengan buat terjunan udara.. Eiii,tak padan dengan umur.. Berani kemain lagi..

Kalau dulu dia pernah mencetuskan kontroversi hebat, tapi kini dia mengulangi sejarahnya kembali.. Woww….Gilerr dan mantap sungguh nenek ni yaa..

Tak terbayang dalam kepala otak.. Kita yang muda ni pun tak secekal dan seberani dia, tapi nenek ni slumber dan santai jer.. Heran! Mana la dia dapat keajaiban kan..

Ni haa, nak bagitau, kali ni dia menggegarkan dunia dengan berernang bersama jerung.. Tudiaaa, tak terkata mulut ni.. Biaq betul??

Tak sayang nyawa ker.. Difahamkan ,pesara dari Afrika Selatan ini puas menikmati hidupnya dengan cara sebegitu.Adrenalin Junkie Georgina Harwood  hanya mahukan kelainan dalam hidupnya. Selain itu, aktiviti yang diceburinya disokong oleh kesemua ahli keluarganya..

Siapalah kita nak bersuara.. Ye dak? Kita ni orang luar ja.. Apapun, untungla mempunyai semangat dan bakat yang luar biasa..

Eh-eh, jangan korang try berenang dengan jerung plak.. Duk buat pandai terlebih, kena ngap sekali, merana sampai mati.. Opss.. ~~MiraAzhar/Utaranews.com

ep2p-2