Nelydia Senrose Tepis Dakwaan Bakal Bertunang

Baru rasa ingin bergembira dengan berita ‘Qi Razali Dan Nelydia Senrose Bakal Bertunang !‘ kini dengan tiba-tiba muncul pula Nelydia Senrose tepis dakwaan bakal bertunang dan ekoran gosip tersebut Nelydia Senrose dikatakan sangat tertekan dengan pertanyaan daripada pelbagai pihak.

Namun Nelydia Senrose mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung tentang isu tersebut bagi menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

“Ada baiknya saya tidak komen apa-apa kerana berita buat saya tertekan kerana ramai sangat yang bertanya hal itu. Lagi pula ia bukan keluar daripada mulut saya.

“Ia bukan kerana saya ingin memberi hak eksklusif pada mana-mana stesen televisyen tetapi saya mahu menjaga hati keluarga masing-masing, namun apa yang boleh saya cakap maklumat yang diberi di blog hiburan bahawa kami confirm akan bertunang adalah tidak benar,”

Menarik : Nelydia Senrose Tidak Mahu Tergesa-gesa Tentang Kahwin

Nelydia Senrose1

Isu Bakal Bertunang Buat Nelydia Senrose Tertekan

Pelik juga dengan khabar angin mengatakan Nelydia Senrose kini sedang memerlahankan kerjayanya untuk persiapan pertunangan tersebut. Namun pada hakikatnya kenyataan Nelydia Senrose berhubung kisah tersebut :-

“Ramai yang bertanya tentang perkara itu, namun saya rasa tidak perlu untuk bercakap apa-apa dulu yang tidak pasti.

“Saya masih sibuk berlakon, selagi ada yang tawarkan watak yang baik saya akan ambil,”

Ingatkan gosip tersebut benar kerana kenyataan tersebut dari kekasihnya sendiri. Apa pun doakan sahaja jodoh mereka dipercepatkan. Tak gitu? Opss!

50 total views, 50 views today

ep2p-2