Neelofa kuat sentap dan pantang ditegur..

Susulan fesyen baju merah Neelofa ketika di Anugerah Meletop Era 2015 telah disamakan seperti sotong oleh rakannya sendiri di laman sosial.. Neelofa nampak mengamuk sakan dengan teguran tu..Mana taknya Neelofa tampil membalas kritikan tu dengan ayat-ayat boleh tahan pedasnya..

Ramai peminat Neelofa menganggap Neelofa ni macam tak boleh nak terima teguran.., kena tegur sikit dah melenting.. Betul ke? Nampaknya tanggapan tu salah, Neelofa tampil dan menafikan dakwaan tu.. Dia bukan tak boleh terima kritikan cuma individu yang melemparkan kritikan pada diri dia tu, dia kurang suka..

Iyalah, yang kutuk tu bukan orang luar, kawan sendiri kot.. Bukan kawan biasa kawan rapat jugak la.. Kalau betul nak tegur, banyak cara boloeh guna.. Telefon ke, Whatapps ke.. Tak payah la sampai nak buat teguran secara terbuka.. Ye dak? Saja je nak memalukan Neelofa..

“Soalnya di sini, bukan saya tidak boleh ditegur atau dikritik cuma apabila kritikan itu keluar daripada mulut orang yang saya kenal baik, itu yang buat saya agak geram dan membalasnya.

Dia bukan tak kenal saya. Dia kenal keluarga saya dan kami pernah makan bersama. Malah kami juga pernah bekerja sekali. Kenapa dia perlu mengkritik di media sosial, sekaligus mengeruhkan lagi keadaan?

Saya percaya kalau dia kawan, dia boleh menegur pakaian saya menerusi mesej atau panggilan telefon. Sebab itu saya hilang pertimbangan dan membalas kritikannya.” ujarnya..

Macam ni la yang orang selalu cakap, kawan jadi lawan.. Tapi ni kira ok la jugak kawan kutuk depan-depan.. Yang jenis depan kita baik, belakang duk mengutuk kita lagi sakit hati.. So kawan yang sorang ni dah boleh di blacklist dari senarai kawan-kawan Neelofa rasanya..hehehe.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small