Nazim Othman Kongsi Gambar Kepalanya Berjahit

Beberapa minggu yang lalu kita digemparkan dengan pelakon Nazim Othman yang dikhabarkan menghidap penyakit barah otak. Namun tiada pula kenyataan yang dibuat daripada Nazim malah dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri membuatkan ramai tertanya-tanya.

Terkini Nazim nampaknya sedikit demi sedikit memberanikan diri dengan berkongsi kepada umum mengenai penyakit yang dihadapinya menerusi instagram. Nazim dilihat berani berkongsi gambar dirinya terutama di bahagian kepala yang jelas kelihatan telah berjahit persis seorang pesakit yang telah menjalani pembedahan.

BACA:- Tidak Ambil Peduli, Nazim Othman Dicop Artis Syok Sendiri Di Laman Sosial

Nazim bagaimanapun masih lagi mendiamkan diri, malah tidak memberi sebarang kenyataan ataupun sebarang komen kepada pihak media, dan hanya berkongsi kisah hidupnya menerusi instagram.

Nazim Othman Kongsi Gambar Kepalanya Berjahit

Gambar kepala Nazim yang dilihat berjahit

Difahamkan, Nazim dikatakan menghidap penyakit di bahagian kepala namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan yang mengatakan dia menghidap kanser.

Apapun penulis mendoakan agar Nazim kembali pulih seperti biasa dan dapat menjalani hidup seperti sedia kala. Peminat Nazim juga dikhabarkan tidak henti-henti mengirimkan doa dan mahu pelakon kesukaan ramai ini dapat meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dengan jayanya, Amin…

16 total views, 16 views today

ep2p-5small