Nak derhaka rupanyaa… Ini dia wajah sebenar PAS P.Pinang..

PAS Pulau Pinang melihat khabar angin menyatakan wujudnya individu yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Presiden pada pemilihan parti nanti adalah satu perubahan yang perlu diambil positif oleh ahli PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya menyambut baik sekiranya ada pemimpin ingin mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti kerana ia satu sejarah yang mampu memberi impak dalam pentadbiran masa kini.

Mujahit berkata, walaupun kebanyakkan pemimpin PAS tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana boleh memecahbelahkan ahli parti namun beliau melihat situasi terbabit tidak mungkin akan berlaku.

“Tetapi masa berlalu, ahli (Pas) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia bukan satu kesalahan kerana Pas mengamalkan demoraksi.

“Begitulah tanggapannya akan berpecah…tetapi apabila memahami secara matang kita bertanding, kalau menang maka kemenangan itu adalah atas pemilihan perwakilan, kalau kalah juga ia atas pemilihan pewakilan.
 
“Jadi kalau kita kata demokrasi, kita bersedia untuk menang dan kalah. Tidak timbul soal nak pecah, ” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, alasan perpecahan akan berlaku hanya dibuat untuk menghalang mana-mana pemimpin bertanding jawatan tersebut sekaligus memberi kemenangan percuma kepada Abdul Hadi.

Menurut beliau,  pemilihan parti kali ini akan menjadi medan penting kepada PAS memilih pemimpin yang benar-benar mampu bekerjasama dengan rakan sekutu dalam pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Faktor Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam Pas yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu,” katanya lagi.- UtaraNews.com/ Mohd Shahir Shukor

ep2p-5small