My Kuali: Puding roti marble

 lama dah tak buak puding mudah dan sedap nih… musim panas yang berbahang ni kalau dapat makan yang sejuk2 memang ngam sangatkan…dan kebetulan ada roti yang nak tamat riwayatnya dan bahan2 yang lain pun ada…. maka tertransform roti nak sampai ajal menjadi puding marble yang sedap. pagi kak rose buat ni dan petang tu ada pulak kawan dari kl datang singgah kat rumah, maka jadilah hidangan untuk minum petang yang panas tuh… kalau kak rose berdua jer memang tak kan terhabis seloyang puding nih….

 resepinya yang dah banyak kali kak rose kongsikan kat sini….

Bahan-bahan


4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula – bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!

Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal
kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika
melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah
sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

ep2p-5small