My Kuali: Mee udang Tanjung Dawai

 hari minggu untuk diri sendiri…. seminggu cuti sekolah, kak rose sibuk menjadi tuan rumah untuk keluarga dan kawan yang datang berkunjung ke pulau mutiara ni…seronok sangat bila ada keluarga yang sudi datang jenguk kita kat sini…tapi tang nak bawak berjalan tu memang tidak la sbb kak rose sendiri pun tak mahir tempat dan jalan2 kat penang ni… nasib baik ade kemudahan waze yang sangat membantu mencari tempat yang nak dikunjungi…. tidak lah asik tersesat dengan keadaan jalan yang one way dan sangat sibuk ni.. bila dah bukak sekolah, rumah kak rose pun dah sunyi semula dan masa untuk diri sendiri pulak…

 lepas bekpes semalam, mula plan nak g jenjalan tapi tak de tujuan nak kemana pun…. so encik asben ajak g ride moto g sungai petani… panaskan enjin katanya. kak rose ni memang penakut nak naik moto, tapi bila dia dah belikan segala safety gadget, ikut lah jugak. hati sangat lah reluctant nak ikut…. baca Bismillahirohmannirohim dan ayat Kursi banyak2 semuga dipermudahkan perjalanan kami dan dengan syarat jangan bawak laju2…. tapi bila dah atas moto tak kan nak bawak macam kapcai katanya! terbang hilang segala syarat tadi tu! tawakal aje la, peluk ketat2 dan pejam mata rapat2…. tau2 dah sampai…

 lepas Sungai Petani terus pulak ke Tanjung Dawai…. nak tengok laut katanya. dan ni lah upah ride moto temankan dia….mee udang tanjung dawai. beso gedabak udangnya, tu yang mintak pinggan untuk perisi udang, sbb susah jugak nak kopek udang dalam mangkuk berkuah tu kan…

 welcome sign kat jeti tanjung dawai tu… tak amik gamba pulak sepanjang jalan kedai2 yang jual ikan kering beso2 bergantungan berbungkus plastik….tapi kak rose tak bli apa pun sbb susah nak bawak bila naik moto ni kan…

 the jetty…. boat kecik2 mengambil dan menghantar penumpang keseberang sana… Kuala  Muda.

dan masa nak balik, ternampak tetamu tak diundang dibawah tempat kami menikmati mee udang tadi… nasib baik jer dia tak naik ke darat kan. biawak or bini awak bak kata my nephew!

ep2p-2