My Kuali: Masak lemak ciliapi nenas+udang

 gulai lomak kaw2 punya….marilah menternak lemak dihujung minggu, supaya nanti bila weekdays kita boleh berbriskwalk dengan penuh semangat untuk nak membuang balik lemak2 tu… boleh caya ka statement cam tu?….angan2 dulu tak per kan, yang penting dapat makan gulai lemak ni dan digandingkan dengan ikan kurau masin goreng…. memang bertambah2 nasik!

resepi kak rose amik dari blog Nennie Khuzaifah, asalnya guna ikan masin… tapi kak rose dah tukarkan dengan udang sbb kak rose cuma ada isi ikan kurau masin jer… takut hancur pulak bila masuk dalam gulai, so udang jadi penderhaka resepi ni… maaf ya.

BAHAN-BAHAN :  

1 biji buah nenas

Ikan talang masin secukupnya (kak rose gantikan dengan udang)

3 cawan santan – boleh tambah

2 batang serai dititik

1 helai daun kunyit dicrik-carik

Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api – suka pedas tambah lagi ya

3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK : Bersihkan buah nenas kemudian buang
empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .

Bersihkan tulang dan isi ikan talang masin ni tos dan
ketepikan dulu .

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan
daun kunyit ke dalam periuk .

Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua
ikan masin dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .

Bila ikan masin masak
dan biar nenas dah masak cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau
kuah supaya santan tak pecah minyak.

BAHAN-BAHAN :

1 biji buah nenas
Ikan talang masin secukupnya
3 cawan santan – boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api – suka pedas tambah lagi ya
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras
dam boleh la dipotong kecil buah nenas ni . Bersihkan tulang dan isi
ikan talang masin ni tos dan ketepikan dulu .

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke
dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua
ikan masin dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila ikan masin masak dan biah nenas dah masak cukup empuk boleh la
ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

ep2p-5small