My Kuali: Kuih talam sememeh!

 

 kuih talam gula merah yang kak rose buat petang semalam…. ni dah kali kedua kak rose buat kuih talam ni yang tak menjadi…. ari tu buat lagi lak tak nak set langsung, tak tau dimana silapnya lapisan atas tu tak nak mengeras walaupun dah diwapkan sebelum masuk dalam loyang dan kukus hingga setengah jam pulak tu! pas tu try pulak masuk dalam fridge bagi sejuk mana tau kok boleh diselamatkan….. hampeh!, sudahnya cik tong jer yang dapat. pertama kali buat ari tu elok jer jadinya kat sini…. dan kali ni buat sekali lagi sememeh la pulak…. entah bila la nak jadi dengan elok macam yang 1st tu…. apa pun memang sedap kuih ni, so walaupun sememeh tetap laju kena ngapnya!

resepinya, dari blog CoratCoret Nina, mekasih ya..

Talam Gula Merah
 
Lapisan Bawah:
200gm gula merah
2 sudu besar  gula pasir
2 1/2  cawan air biasa
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

Cara penyediannya
1.  Panaskan kukusan, balut dengan kain penutupnya dan sapukan minyak pada loyang.
2.  Masak gula merah dan gula pasir bersama-sama air. Sejukkan.
3.  Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan.
3.  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4.  Bila dah masak, cakarkan sikit permukaan adunan dengan garfu.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara penyediaannya
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati  dan tapiskan
2.  Masak atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat. Kacau sentiasa.
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau plastik dan hidangkan.

ep2p-5small