My Kuali: Kek marble susu kopi

Asalamualaikum dan salam jumaat yang penghulu segala hari… cepatnya masa berlalu dah nak sampai ke hujung minggu sekali lagi… dan tak berapa hari lagi kita semua akan terpaksa membayar cukai pada almost of barang keperluan… apa daya kita nak menolaknya kan…. apa pun hidup kena diteruskan…meh hiburkan hati dengan makan kek sedap nih…

resepi kak rose kopi dari blog annaqawina, mekasih ya kongsikan resepi kek sedap dan moist ni…

KEK KOPI SUSU

Saiz loyang : 8½ inci x  4½ inci (loaf pan/bulat 7inc.)

Bahan A – di ayak

1 ½ cawan tepung gandum

½ sudu teh baking powder

Bahan B

1 cawan mentega

½ cawan gula – boleh kurangkan jika tak suka manis

1 sudu teh esen vanilla

¾ cawan susu pekat manis

3biji telur – Gred A

1 sudu besar serbuk kopi atau nescafe – di bancuh dengan 1 sudu besar air panas

Cara membuat :

1. Panaskan oven terlebih dahulu. sapu mentega pada loyang dan lapik dengan kertas.

2. Ayak bahan A dan ketepikan seketika.

3. Didalam bekas yang
lain, masukkan mentega dan gula pukul hingga gula hancur. Masukkan pula
telur satu persatu dan esen vanilla sambil di pukul lagi.

4. Seterusnya masukkan
tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu pekat manis dan
pukul sekadar adunan bercampur dan sekata.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan campurkan salah satu dengan serbuk kopi yang di cairkan tadi.

6. Tuang adunan di dalam
loyang dan corakkan mengikut ikut kreativiti masing-masing. Bakar
dengan api 150’c selama 1 jam atau sehingga masak. Setiap oven berbeza
di antara satu sama lain dan sila tetapkan suhu oven anda mengikut
kesesuaian.

ep2p-5small