My Kuali: Jeruk mangga asam boi

jeruk mangga asam boi yang dah tak jadi fenomena…. bila terjumpa mangga muda nak jugak buat lagi…. tapi sayang mangga apple putik yang kak rose beli ni dah ada yang hampir masak… kekuningan dan tak serapuh macam yang baru dipetik…. beli pun dah memang berbungkus dalam plastik, so tak boleh la nak pilih2 bagaikan… tamak membeli sampai tiga peket sekali amik….  tapi nak makan jeruk asam boi ni, buat jugak la jadinya… buat pun sket jer dan yang lain tu kak rose bagi kat jiran buat nyicah!

pucat jer mangga apple ni, nampak tak menarik sungguh kaler dia kan…. tapi tak pe la dapat jugak makan… pada yang teringin nak buat jeruk, meh kak rose kongsikan resepinya…

Bahan-bahan

1) 3-4 biji mempelam
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam (kak rose omit yg ni)
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )

Cara-cara
1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan

ep2p-2