My Kuali: Creamy chicken soup

 buat sup ni dah beberapa hari lepas tapi nak jugak tepek kat sini… kadang2 tu nak makan apa pun dah tal tau… mula lah mengsekodeng blog kawan2 dan terjumpalah macam2 yang menggoda rasa… tapi bila nak buat tu ada bahan yang tak cukup didapur, so terbantutlah tekak nak makan…

 tapi creamy chicken soup ni sudah pasti lah semua bahan ada kat dapo kan.. so menjadilah sup ni untuk dinner cicah dengan roti bakar jer. tapi tak rajin nak buat garlic spread untuk disapu pada roti tu. so roti sandwich sapu butter n bakar jer la… pun sedap digandingkan dengan sup yang lemak berkerim ni… tq pada Tun Telani yang kongsikan resepi ni..

Bahan2:

50 g butter/margerine
1 bj bawang besar- dadu
2 ulas bawang putih- tumbuk
1/2 cawan tepung gandum
1 keping dada ayam- hiris nipis
2 kiub ayam
1 liter air
1/2 tin susu sejat
1 sk dried oregano
garam

 

Cara2:Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
masukkan bawang putih dan tumis lagi.
masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
perasakan garam dan masukkan oregano.
siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

 *** resepi garlic spread boleh tengok kat sini

ep2p-5small