Muhyiddin Dan Liow Tiong Lai Seru Rakyat Kekalkan Keharmonian Negara…

Esok Sambutan Tahun Baru Cina akan melabuhkan tirai Chap Goh Meh..namun kemeriahan perayaan ini tetap meriah seperi biasa…

Kelmarin, Majlis Rumah Terbuka Malaysia telah berlangsung di Dataran Menara Condong, Teluk Intan Perak yang mana telah dianjurkan oleh Kementeriaan Pelancongan dan Kerajaan Negeri Perak.

Dato’ Mah Siew Keong, Ahli Parlimen Teluk Intan yang baru selepas berjaya mengalahkan Diyana dari DAP turut hadir bersama rakyat setempat memeriahkan Majlis Rumah Terbuka tersebut…

Pada majlis Rumah Terbuka tersebut, TPM telah memberi peringatan bahawa kunci kepada kemajuan dan kestabilan bergantung kepada keharmonian kaum dalam kalangan masyarakat..

Semua pemimpin kerajaan menyuarakan hasrat yang sama iaitu menyeru rakyat bersatu menjaga keharmoniaan kaum..yang mahukan perpecahaan berlaku adalah pihak lawan yang tamakkan kuasa untuk mentadbir negara..

Bagi mereka jika negara huru-hara…peluang mereka lebih mudah untuk mengambil kesempatan…namun berkat perjuangan mulia datuk nenek moyang kita, perpaduan yang terjalin dari dulu lagi kekal terpelihara sehingga ke hari ini biarpun ada anasir subversif cuba mengganggu-gugat keamanan sejagat…

TPM dan Isteri, Presiden MCA, Dato’Mah menggaul yee sang…

Pada Majlis berkenaan Presiden MCA, Dato Seri Liow Tiong Lai telah mengingatkan agar mengekalkan perpaduan sedia ada…antara intipati ucapannya Dato Seri Liow mengingatkan betapa pentingnya usaha memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum…

Liow dalam ucapannya berkata, “Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina telah diangkat sebagai perayaan utama negara sejak tahun 2001 beematlamat untuk mengeratkan perpaduan dan keharmoniaan kaum tanpa dihalang pertentangan pendapat, perbezaan ideologi, kelainan politik dan perbezaan anutan agama”.

Majlis rumah terbuka seperti ini merupakan satu produk pelancongan negara yang berjaya. Kerajaan telah memperuntukkan Bajet 2015 untuk Malaysia Year of Festivals (MyFEST2015) yang mana mensasarkan 29.4 juta pelancong.

Bermacam-macam cara kerajaan mahu menaikkan imej negara agar memberi tarikan kepada pelancong luar..pihak pembangkang pula tidak sudah-sudah menjaja nama Malaysia agar dipandang buruk oleh masyarakat luar… 

ep2p-2