Menteri: GST Akan Dinaikkan Jika Sambutan Menggalakkan

Menteri: GST Akan Dinaikkan Jika Sambutan Menggalakkan

Menteri: GST Akan Dinaikkan Jika Sambutan Menggalakkan

Kuala Lumpur – Menteri Hal Ehwal Tipudaya Rakyat hari ini memberitahu bahawa kerajaan akan memantau penguatkuasaan GST terhadap barangan dan jika sambutan dari rakyat menggalakkan, tahun hadapan nilainya akan dinaikkan.

”Saya dapati, rakyat semakin faham kelebihan GST, iaitu akan menurunkan harga barang dan memberi peluang semua orang membeli belah sama rata. Jika rakyat boleh terima dan faham, GST akan diteruskan dan dinaikkan di masa akan datang. Lagipun, kalau dorang (rakyat) tak terima dan tak faham pun, nanti esok lusa diorang lupalah tu. Bila dah lupa, itulah masanya kita bertindak,’ kata beliau ketika majlis pelancaran album berjudul ‘GST’ oleh Jabatan Kastam.

Lagu GST kini boleh didengari secara online di Spotify.

ep2p-2