Melaka mungkin ikut jejak Kelantan laksana Hudud – Media Suara SeMaSa (SMS)

MERLIMAU – Melaka tidak mustahil mengikuti Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksan#akan undang-undang hudud sekiranya penduduk Islam di negeri itu melebih 92 peratus.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, bagaimanapun Melaka hanya mempunyai kira-kira 59 peratus penduduk Islam dan selebihnya bukan Islam sekali gus perlu melihat kepada majoriti agama agar sistem perundangan negeri itu bersistematik.

Bagaimanapun, beliau me#nyambut baik dan mengalu- alukan hudud di Kelantan dan yakin rata-rata rakyat negeri itu ingin melihat undangundang berkenaan dapat dilaksanakan.

Katanya, dengan perlaksanaan hudud akan menambah baik lagi sistem undang- undang syariah negara.

“Syabas Kerajaan Negeri Kelantan biarpun ia dibentangkan selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz yang begit#u inginkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Ini manifestasi kerajaan Kelantan dan udang-undang ALLAH iaitu undang-undang Pencipta dan manusia yang melaksanakannya, hanya untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Idris berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Merlimau Sentral sempena lawa#tan kerja ke Dun Merlimau di Tapak Kompleks Merlimau Sentral, semalam.

Tambahnya, di Melaka tunggu dan lihat untuk hudud dilaksanakan.

“Kita lebih melihat yang baik un#tuk orang Islam. Di Melaka tunggu dan lihat,” katanya.

 

7 total views, 7 views today

Comments

comments

ep2p-2